Friday, December 2, 2011

wayang bulan ini~

uiks3...dh lama xbercerita ngn korg kn..
xto la ada lg ka yg sudi klik2 blog bersawang ni~ hehehe

ok2, xmo buang ms, nk cita psl topic wayang la..
aku bukan kaki wayang sgt, tp kalo ada cerita yg aku nk tgk, mesti aku tgk la!
sabtu lepas tgk Puss in Boots~ bley thn la..

smlm kuaq ngan housemate tgk Ombak Rindu~
ala, yg novel karya Fauziah Ashari tu..



Novel

(apa la tgk cerita melayu kn?)

tunggu dlu...
jgn pk camtu..try tgk dlu, bru hampa taw..
hehehe..crita xdala best gila2 babeng, tp confirm berbaloi duit wayang korg!
ini SERIUS beb! hehehe

sinopsis cket:

Izzah adalah seorang gadis kampung yg menumpang hidup bersama pak saudaranya, Taha. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang kerana penyakit isterinya, dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat dia tiada hak menuntut apa2 sebagai seorg isteri dan semuanya mesti dirahsiakan.

Kepulangan Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

jeng3..p la tgk sendri...kalo aku crita, xbest la..

tp pd peminat novel OMBAK RINDU ni, jgnlah terlalu mengharap apa yg hampa baca dr novel akan ada dlm movie ni 100%, biasa la, xkan wayang 5 jam plak kn~

kang xpsl2 mengeroh beramai2 dlm panggung 2..hehee

jom berkenalan ngan plakon2nya,


Maya Karin (Izzah), Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila Emylia), Bront Palare (Mail)

Tp setiap benda tu mesti ada pro n con dia kn..
aku rasa part bed scene tu over cket la..huhuhu..
so pd yg belom kawen (ckp mcm kita tu dh kawen kn..)
jgn la contohi benda yg xpatot~ huhu

lg 1, watak Mila Emylia tu aku rasa ada plakon yg bley deliver watak tu lebih baik dr Lisa la..
Lisa nmpk mencuba sedaya upaya, tp xseswai sgt la..huhu
Maya mmg aku tabik spring la! semua watak dia bley bwk, n semua best! dr pontianak, pastu jd duyung, pastu watak pmpn bandar (filem CUN) sampai la ke watak pompuan kampong dlm filem ni...dia mmg heroin air mata la..
Aaron mmg best! heheheh...

pada yg penah tgk lagenda budak setan tu,
kompem xkan sekecewa korg tgk LBS...huhuhu
this is better ok!

so, jgn buang ms,
kalo rasa nk tgk wayang, try la movie ni..
tp ajak la membe ye..kang ngiau sorg2 plak dlm panggung 2...
hehehhe....

Lupa plak, dlm byk2 scene,
scene ni aku rs plg romantik..
btol x? (pd yg dh tgk sila jwb! hehehe)

scene yg menunjukkan Izzah dan Hariz dh saling menyayangi antara 1 sama lain