Tuesday, July 20, 2010

Ayat-ayat Mengurat

tgh2 bz wt repot sempat2 ja usha2 gua.com.my
pas2 blogging pulak..haha

Ayat Mengurat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

“Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”.

Ayat Mengurat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan.

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”.

Ayat Mengurat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat Nabil

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.


3 comments:

En Jay said...

huh, teringat zaman-zaman silam
kalo aku..suke yg berlapik
baru macam orang melayu
kalo ayat direct tu.. selalunya lahkan
utk test power je, xseries

kalo pompuan punye macam mane lak?

azaz said...

haha..bg aku la..pmpn xksh mn2 tmbh2 bila lelaki yg dia ska yg mengayat dia..kalo org len xtaw la plak..

En Jay said...

la ea ke..
hurmmmm, mcam tak je..
slalu je laki xde rupe tp sgkut awek lawa giler..
komen? heh